AMANAT TAHUN BAHARU 2024 YB MENTERI PENDIDIKAN

 

AMANAT TAHUN BAHARU 2024 YB MENTERI PENDIDIKAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua diharap semua sihat hendaknya disampingmu keluarga tercinta. Kali ini, Cikgu Shaf nak kongsikan amanat sempena tahun baharu 2024 YB Menteri Pendidikan kita YB Fadhlina Sidek. Semoga info ini bermanfaat kepada kita semua. Antaranya amanatnya adalah;


🌹Akses pendidikan saksama
🌹 Perluasan dasar pendidikan STEM & TVET
- STEM dan TVET bukan pilihan kedua, STEM dan TVET adalah arus perdana
🌹 Peningkatan mutu pendidikan Bahasa Inggeris
🌹 Membina ekosistem Pendidikan Digital
🌹 Ekspresi Aspirasi Malaysia Madani

💥Peluasan Prasekolah - murid prasekolah akan memulakan kurikulum baharu bermula 2026

💥 Bermula Mac 2024/25 - Lima hari bersekolah, hanya dua hari sahaja memakai pakaian seragam
2 hari pakaian seragam
2 hari pakaian sukan
1 hari pakaian Ko-Kurikulum

💥Sehingga Disember 2023, KPM berjaya 18,792 orang guru baharu bagi tahun 2023 dan akan bertambah lagi sebelum berakhir sesi 2023/24.

🥳Peluasan Bantuan BKP dan KWAPM
🥳Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
- Peluasan syarat kriteria pendapatan ibu bapa daripada
RM1,500 kepada RM2,589
- Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada
anggaran tambahan 35,000 lagi murid daripada keluarga miskin
🥳KWAPM
- Peluasan kepada murid daripada keluarga kategori miskin tegar sehingga Tingkatan 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini
- Dianggarkan seramai 1,193,858 murid akan menerima manfaat bantuan ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM139,578,700

Semoga bermanfaat

🤩 Pautan Youtube
https://www.youtube.com/live/qi9jif9w3U8?si=lluCDD0MBSnTRnAH
Previous Post Next Post