PETANG SEMALAM

Petang semalam aku masih lagi disini. Ditemani oleh ribuan buku-buku fiksyen dan ilmiah. Rak yang berdiri tegak seolah-olah memandang ke arah aku dan tersenyum menyapa aku mesra. Aku sedar masuk hari ini setiap petang aku akan pulang agak lewat ke rumah. Mungkin kerana pengiraan stok buku Pusat Sumber yang masih banyak membuatkan aku masih lagi disini. Kadang-kadang aku berasa kesian dengan diriku ini. Berhempas pulas menyiapkan tugas yang penting ini. 

"Eh, Cikgu tak pulang lagi?" Kedengaran suara dari luar pintu.

"Kejap lagi kak. Saya nak selesaikan pendaftaran buku ni. Lepas tu saya pulang ya." Diriku menaip papan kekunci dengan pantas. Supaya dapat cepat siapkan kerja itu.

Telah sebulan aku berhempas pulas menaip setiap maklumat buku di PSS ini. Alhamdulillah ada anak-anak murid Tahun 6 yang membantu. Ustazah Zulhidayah dan anak-anaknya juga turut membantu dan kini hampir 300 buku telah di daftarkan. Aku juga sangat bersyukur rakan sekerja di sekolah juga ada membantu. Ada juga yang membawa buku-buku tersebut dirumah dan daftarkan buku. 

Terima kasihku ucapkan atas jasa kalian. Allah sahaja dapat membalasnya.

Aku melangkah keluar dari PSS dan pulang ke rumah dengan rasa syukur. Alhamdulillah.



#jurnalpenulisanunikh

#jurnalpenulisan2023

#jpshaframli2023

2 Comments

Previous Post Next Post