SELAMAT TAHUN BARU 2023

 


Alhamdulillah Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2022 akan pergi meninggalkan kita. Kenangan suka dan duka ditempuhi. Tahun 2022 memberikan banyak pengalaman dan pelbagai pengetahuan kepada Cikgu Shaf. Negara kita juga tidak kurang hebatnya mendapat pelbagai memori suka dan duka pada tahun keramat ini. Dengan pilihanraya, kejagidan banjir, tanah runtuh dan pelbagai lagi. Cikgu pasti anda semua ada kenangan yang indah pada tahun ini. Kalau ada, cuba kongsikan diruangan komen. Apa-apa pun, semoga semuanya dapat membantu kita pada hari mendatang. Selamat tinggal tahun 2022. Selamat datang tahun baru 2023. Semoga kehadiranmu membawa seribu rahmat. Segala yang dirancang harap terlaksana. Semoga kita semua dapat mengecapi kehidupan bahagia yang ukhrawi. Moga dipermudahkan segala urusan dan pekerjaan seharian kita.





Previous Post Next Post